ad
AGENSI

LZS edar 200 bubur lambuk, santuni lima asnaf di Felda Sungai Tengi

12 Apr 2023, 11:00 AM
LZS edar 200 bubur lambuk, santuni lima asnaf di Felda Sungai Tengi
LZS edar 200 bubur lambuk, santuni lima asnaf di Felda Sungai Tengi

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengedarkan 200 bubur lambuk kepada penduduk di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam.

Agensi itu berkata pihaknya turut menziarah lima keluarga asnaf dan menghulurkan kotak makanan serta juadah berbuka.

"Program berkenaan dianjurkan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk dan masjid di kawasan terbabit.

“Asnaf yang kami disantuni kebanyakannya telah dibantu bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu turut menggalakkan umat Islam untuk terus berzakat di LZS bagi memastikan keperluan asnaf dipenuhi hasil wang zakat yang dikeluarkan.

[caption id="attachment_576522" align="aligncenter" width="755"] Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Felda Sungai Tengi pada 11 April 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.