ad
AGENDA

Ganjaran besar menanti orang bersedekah, beri hutang (VIDEO)

12 Apr 2023, 9:00 AM
Ganjaran besar menanti orang bersedekah, beri hutang (VIDEO)

SHAH ALAM, 12 APRIL: Allah SWT menjanjikan pahala yang besar buat hamba-Nya yang bersedekah lebih-lebih memberi hutang kepada mereka berdepan desakan hidup.

Menghuraikan ayat 245 Surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ganjaran itu berdasar kepayahan mendepani orang yang berhutang.

"Kalau orang yang meminta maka kita bersedekah, dia meminta apa yang kita ada tapi kalau orang yang minta hutang apabila dia sedang berhajat maka kita beri pinjam, ia lebih baik daripada beri sedekah.

"Mana lagi susah bagi sedekah dapat pahala atau bagi pinjam kemudian nak minta hutang?" kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1646024381318197248

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat berkenaan bermaksud umat Islam memperoleh pahala dengan memberi hutang kerana ia memudahkan urusan orang lain.

"Biasa orang ingat ini (beri hutang) sebagai satu jual beli atau ganjaran pinjaman... begitu besar tugas kita sebagai umat Rasulullah dan sebagai hamba Allah," katanya.

Dr Ahmad Fakhrurrazi menambah ganjaran itu merupakan salah satu kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad dalam urusan harta.

"Ia sedarkan kita bertahan untuk menghadapi karenah manusia semasa berinteraksi dengan mereka itu, Allah janjikan ganjaran," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14 – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16 – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18 – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 - nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.