ad
AGENDA

Nikmat dan rahmat menjadi umat Nabi Muhammad SAW (VIDEO)

11 Apr 2023, 9:20 AM
Nikmat dan rahmat menjadi umat Nabi Muhammad SAW (VIDEO)

SHAH ALAM, 11 APRIL: Umat Nabi Muhammad SAW dikurniakan pelbagai nikmat dan kelebihan termasuk amalan kecil yang diberikan pahala berlipat ganda oleh Allah SWT berbanding umat terdahulu.

Menghuraikan ayat 107 Surah Anbiyaa' yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata umat akhir zaman juga paling awal masuk syurga.

"Dalam satu hadis, Nabi Musa AS membaca lembaran yang menceritakan akhir zaman. Pada satu waktu ada satu umat, umur singkat tetapi pahala banyak, lahir lewat tetapi masuk syurga paling awal.

"Nabi Musa minta umat itu menjadi umatnya tetapi Allah berkata itu umat Muhammad. Ada 10 kriteria diceritakan mengenai umat akhir zaman hingga Nabi Musa minta jadi umat Nabi Muhammad," katanya.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1645660532106747906?t=JYMzUskF86vxi1hT-8xzGw&s=08[/embed]

Ustaz Don Daniyal berkata nikmat yang diturunkan kepada umat akhir zaman berikutan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat untuk sekalian alam termasuk jin, haiwan dan akhirat.

"Di alam akhirat, Nabi Muhammad SAW masih memberi rahmat ketika semua orang dalam keadaan tidak berpakaian, Rasulullah SAW sahaja yang berpakaian selain orang buat haji, umrah dan sebagainya.

"Nabi masih boleh sujud minta kepada Allah beri syafaat. Semoga kita semua dikurniakan syafaat Nabi Muhammad SAW," katanya lagi.

Sementara itu, Amirudin berkata umat Nabi Muhammad SAW juga diberikan ganjaran atau pahala yang tidak terkira antaranya lailatulqadar ketika Ramadan.

"Dalam ayat al-Quran disebut, satu kebaikan dibalas dengan 10. Ini tidak diberikan kepada umat sebelum ini, malah dalam Ramadan ada ganjaran tidak terhingga iaitu lailatulqadar.

"Ganjaran selama 83 tahun ini diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW," katanya yang mengajak umat Islam bersyukur kerana dipilih menjadi umat Nabi Muhamad SAW serta terus berselawat.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14 – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16 – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18 - jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 - kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.