ad
PBT

Padah beroperasi tanpa lesen, 16 premis perniagaan disita MPAJ

11 Apr 2023, 5:36 AM
Padah beroperasi tanpa lesen, 16 premis perniagaan disita MPAJ
Padah beroperasi tanpa lesen, 16 premis perniagaan disita MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 11 APRIL : Sebanyak 16 premis perniagaan tanpa lesen disita dalam operasi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Permai D, Tasik Permai dan Pangsapuri Berembang Indah, Ampang semalam.

Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat MPAJ berkata operasi Jabatan Penguatkuasaan itu turut mengeluarkan satu kompaun atas kesalahan menggaji warga asing tanpa permit.

"Sebanyak 30 premis perniagaan telah diperiksa dalam operasi itu dan 16 didapati beroperasi tanpa lesen.

"Lapan premis yang disita terletak di Jalan Permai D dan lapan lagi di Pangsapuri Berembang Indah sementara kompaun turut dikeluarkan di premis sekitar pangsapuri itu" katanya dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_576360" align="aligncenter" width="757"] Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita premis tanpa lesen dalam operasi di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang pada 10 April 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Menurutnya tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 serta Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPAJ) 2007.

"Sebarang aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran perlulah mendapat lesen perniagaan daripada MPAJ.

"Peniaga juga dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak perlanggaran undang-undang khususnya dalam mengaji warga asing," tambahnya.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke mpaj.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau Whatsapp ke nombor 019-266 8100.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.