ad
AGENDA

Anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat lalu

10 Apr 2023, 1:30 PM
Anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat lalu

IPOH, 10 APRIL: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dalam satu kenyataan hari ini, berkata anggota tentera berusia 33 tahun itu dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berpangkat Koperal itu pada jam 12.50 tengah malam, semalam.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama kehilangan dan sehingga kini anggota terbabit belum ditemui.

"Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.