ad
AGENDA

Jualan mega Aidilfitri dianjur enam hari mulai 15 April

10 Apr 2023, 12:00 PM
Jualan mega Aidilfitri dianjur enam hari mulai 15 April
Jualan mega Aidilfitri dianjur enam hari mulai 15 April

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 10 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri yang dijadual dua hari iaitu pada 15 dan 16 April ini akan dilanjutkan sehingga 20 April susulan permintaan tinggi orang ramai, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata jualan murah barangan asas itu dianjur di beberapa lokasi menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) selaku penganjur utama, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah).

"Jualan mega ini diadakan di 23 lokasi dalam jangka masa tersebut (15 hingga 20 April). FAMA Selangor akan menganjurkan jualan di 11 lokasi, manakala PKPS dan KoHijrah masing-masing mengendalikan enam lokasi.

"Kita gandingkan PKPS bersama FAMA Selangor dan KoHijrah yang akan berkongsi lokasi penganjuran di seluruh Selangor," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata jualan bermula hujung minggu ini juga menawarkan kuantiti barangan lebih banyak termasuk lebih 36,000 ekor ayam berbanding penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat (JER) pada hari biasa.

"Jualan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.5 juta dengan subsidi berjumlah RM375,000 daripada Kerajaan Negeri akan disalurkan kepada tiga agensi ini mengikut jumlah barangan yang dijual," katanya lagi.

Jualan mega serentak di perkarangan Stadium Sungai Besar, Pantai Batu Laut dan tapak bazar Ramadan Batang Kali akan berlangsung pada 15 April.

Manakala keesokannya di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Pasar Muhibbah Setia Alam selain sekitar Sungai Tua dan akan bersambung sehingga 20 April di lokasi-lokasi yang akan diumumkan PKPS.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Turut dijual barangan kering keluaran jenama Ehsan PKPS seperti tepung gandum, gula, sos cili, sos tomato, kicap, sardin tin, biskut, beras pulut, mi kering dan cili giling.

[caption id="attachment_576254" align="aligncenter" width="680"] Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.