ad
ADN

33 kanak-kanak DUN Sungai Ramal terima bantuan makanan berkhasiat

10 Apr 2023, 4:32 AM
33 kanak-kanak DUN Sungai Ramal terima bantuan makanan berkhasiat
33 kanak-kanak DUN Sungai Ramal terima bantuan makanan berkhasiat

SHAH ALAM, 10 APRIL: Seramai 33 kanak-kanak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal menerima inisiatif bantuan makanan berkhasiat Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata mereka menerima bantuan makanan bernutrisi selama lima bulan bermula Disember lalu.

"Ia merupakan satu bantuan makanan bernutrisi kepada kanak-kanak di Selangor dalam kategori B40 dan mempunyai indeks jisim badan (BMI) bawah tahap ideal," katanya di Facebook.

Mazwan berkata maklum balas positif diterima daripada ibu bapa yang menerima bantuan berkenaan berhubung tahap kesihatan anak mereka.

"Mereka beri maklum balas anak lebih sihat dan jarang sakit seperti selsema atau demam seperti sebelum ini selain berat badan bertambah," katanya.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini berkata seramai 2,800 kanak-kanak menerima manfaat menerusi inisiatif bantuan makanan berkhasiat ASAS tahun ini.

Menerusi agenda Iltizam Selangor Sihat, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM500,000 bagi pelaksanaan program itu tahun ini.

Antara makanan yang disediakan dalam pek nutrisi termasuk susu formula, makanan berkhasiat berasaskan bijirin dan multivitamin.

[caption id="attachment_576198" align="aligncenter" width="508"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal Mazwan Johar menyampaikan inisiatif bantuan makanan berkhasiat Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) kepada penerima. Foto Facebook Mazwan Johar[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.