Oleh SHAMZ JOHAN
SHAH ALAM, 10 APRIL: Lebih 300 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pekerja p-panggilan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima bakul makanan bernilai RM50.
Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim berkata kesemua mereka diraikan dalam majlis Iftar di Dewan Serbaguna Jalan H, Kampung Pandan Dalam di Ampang Jaya semalam.
"Kita raikan veteran ATM ini sebagai satu penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka kepada negara.
"Pekerja p-panggilan yang selalu sibuk menghantar tempahan makanan terutama pada waktu berbuka jadi ini satu usaha menghargai mereka," kata Izham Hashim ketika dihubungi.
[caption id="attachment_576174" align="aligncenter" width="754"] Izham Hashim (kanan) menyerahkan bantuan bakul rahmah kepada wakil Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM) pada Majlis Iftar Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia Dan Food Riders Pandan Indah di Dewan Jalan H Kampung Pandan Dalam di Ampang Jaya 9 April 2023. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]
Prihatin kepada nasib pekerja p-penggilan, Izham berkata pihak merancang untuk penganjurkan beberapa program bersama mereka selepas Aidilfitri.
"Kumpulan pekerja P-Panggilan ini memerlukan sokongan lantaran kos sara hidup yang tinggi di bandar dan kita juga merancang untuk adakan program-program bersama mereka selepas Aidilfitri nanti," katanya lagi.