ad
AGENSI

MB santuni 54 anak yatim, serah sumbangan Aidilfitri RM500

10 Apr 2023, 1:22 AM
MB santuni 54 anak yatim, serah sumbangan Aidilfitri RM500

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM500 kepada 54 anak yatim di Masjid An Nur, Kampung Wira Damai, Batu Caves di sini semalam.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan disalurkan melalui 70 peratus hasil kutipan tabungan masjid.

"Pihak masjid mengumpulkan kutipan dalam tempoh setahun sebelum sebahagiannya diagihkan kepada qariah di bawahnya," katanya.

Amirudin sempat menunaikan zakat fitrah dan beramah mesra bersama kariah masjid selepas tamat majlis.

Sebelum ini, Masjid An Nur turut menerima bantuan daripada Pemerbadanan Menteri Besar berjumlah RM10,000 bagi tujuan penganjuran program Ramadan dan pengimarahan masjid.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.