ad
EXCO

Bumbung kediaman rosak akibat ribut di Sepang, Puchong dibaik pulih segera

9 Apr 2023, 5:35 AM
Bumbung kediaman rosak akibat ribut di Sepang, Puchong dibaik pulih segera
Bumbung kediaman rosak akibat ribut di Sepang, Puchong dibaik pulih segera
Bumbung kediaman rosak akibat ribut di Sepang, Puchong dibaik pulih segera

PETALING JAYA, 9 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyelaras segera bantuan kepada mangsa terjejas kejadian ribut di Sepang dan Puchong yang berlaku semalam.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata bantuan akan diatur oleh unit bencana negeri, pihak berkuasa tempatan dan beberapa agensi terlibat.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah berbincang perkara ini dan kita akan turunkan bantuan dengan kadar segera.

"Buat masa ini unit bencana negeri akan menguruskan kerja-kerja baik pulih bumbung yang rosak kemudian kita akan teliti lagi beberapa bantuan," katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Jualan Mega Ehsan Aidilfitri di Balairaya MBPJ di sini hari ini.

[caption id="attachment_576027" align="aligncenter" width="673"] Pokok tumbang akibat ribut sekitar Puchong pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah[/caption]

Semalam, lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 terjejas akibat ribut.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

[caption id="attachment_576032" align="aligncenter" width="673"] Keadaan bumbung Apartment Angsana Bukit Puchong 2 yang rosak dilanda ribut pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.