ad
AGENSI

Raja Muda serah sumbangan Aidilfitri Yide kepada 556 anak yatim

8 Apr 2023, 3:19 PM
Raja Muda serah sumbangan Aidilfitri Yide kepada 556 anak yatim

KAJANG, 8 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sekitar Hulu Langat di Masjid Jamek Bandar Kajang, Hulu Langat, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 556 daripada 1,530 jumlah keseluruhan anak yatim di daerah berkenaan menerima sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjumlah RM150 setiap seorang.

Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata sumbangan berkenan membabitkan peruntukan keseluruhan RM229,500.

"Setiap seorang menerima sumbangan berjumlah RM150, sumbangan kepada baki penerima yang lain akan dikreditkan secara atas talian," katanya.

Pada majlis sama Tengku Amir Shah juga berkenan menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik korporat antara Yide bersama KDEB Waste Management (KDEBWM).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.