ad
AGENDA

MB: Negeri selaras bantuan mangsa ribut Sepang dan Puchong dalam kadar segera

8 Apr 2023, 11:31 AM
MB: Negeri selaras bantuan mangsa ribut Sepang dan Puchong dalam kadar segera
MB: Negeri selaras bantuan mangsa ribut Sepang dan Puchong dalam kadar segera

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyelaras bantuan kepada mangsa terjejas kejadian ribut di Sepang dan Puchong dalam kadar segera, maklum Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan akan diatur menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

"Saya dimaklumkan berkenaan kejadian ribut yang berlaku di Sepang dan Puchong yang mengakibatkan kerosakan rumah dan kediaman.

"Kerajaan Negeri melalui PBT dan MBI akan menyelaras bantuan kepada mangsa terlibat dalam kadar segera," kata beliau menerusi Facebook.

Sementara itu, wakil rakyat Dengkil Adhif Syan Abdullah berkata lebih 20 lokasi di sekitar Kg Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 dilapor terjejas kejadian ribut.

Menurut beliau beberapa infrastruktur awam, masjid,surau, premis perniagaan serta rumah penduduk mengalami kerosakan selain peniaga bazar ramadan di Putra Perdana.

"Terima kasih kepada komuniti yang bertindak pantas membantu, saya bersimpati dengan semua yang terkesan dan berharap penduduk dapat bersabar dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini," katanya.

 

[caption id="attachment_575920" align="aligncenter" width="616"] Keadaan sebuah rumah yang terjejas akibat ribut sekitar Puchong pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.