ad
BERITA UTAMA

MBSJ santuni 12 keluarga kurang mampu, hulur sumbangan sempena Aidilfitri

7 Apr 2023, 12:15 AM
MBSJ santuni 12 keluarga kurang mampu, hulur sumbangan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga kurang berkemampuan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata bantuan menerusi program Ziarah Kasih Ramadan itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan AEON BIG Subang Jaya.

"Sumbangan berupa bakul makanan, wang tunai RM200 dan kotak Iltizam Prihatin dari MBSJ itu disampaikan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali. Tidak ketinggalan bakul makanan daripada JKM dan AEON BIG.

"Ia ini merupakan salah satu inisiatif MBSJ di bawah Sustainable Development Goal bagi membantu golongan memerlukan," kata Azfarizal Abdul Rashid.

Pihak berkuasa tempatan itu menyampaikan sumbangan di Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) Blok A-F Jalan SS19 melibatkan enam keluarga dan enam lagi di Pangsapuri Court 4, USJ 8, Subang Jaya.

Hadir sama dalam program tersebut, pegawai JKM Selangor A Ramacanthiran, wakil AEON BIG Subang Jaya, V Ganesan, Ahli Majlis Zon 1 Chia Yew Ken dan Ahli Majlis Zon 3 Lee Jen Uyin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.