ad
AGENDA

Argentina kembali ungguli tangga pertama FIFA selepas enam tahun

6 Apr 2023, 3:20 PM
Argentina kembali ungguli tangga pertama FIFA selepas enam tahun

ANKARA, 6 APRIL: Argentina kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember.

Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.

Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti Perancis dengan 1,838.45 mata.

Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata.

Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai. -BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.