ad
AGENDA

Peringatan Allah SWT kepada manusia supaya bercakap benar (VIDEO)

6 Apr 2023, 9:40 AM
Peringatan Allah SWT kepada manusia supaya bercakap benar (VIDEO)

SHAH ALAM, 6 APRIL: Terdapat golongan manusia yang akan menerima azab pedih malah tidak berpeluang untuk berkata-kata dengan Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Menghuraikan ayat 174 Surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata ayat itu memberi amaran kepada golongan yang tidak suka bercakap benar.

"Dalam ayat ini dinyatakan pada hari kiamat Allah SWT tidak mahu bercakap dengan golongan ini. Sebagai manusia, kita mahu kenal tuan kita dan mendengar-Nya berkata-kata, itu nikmat terbesar.

"Akan ada golongan yang sembunyi perkara betul, tidak mahu beritahu. Dato' Seri sebagai pemimpin ada orang bawahan, akan ada sembunyi (perkara betul).

"Bayangkan Dato' Seri memerlukan sokongan ketika buat benda betul, mereka senyap. Untuk orang seperti ini Allah SWT beri tahu kena bagi peringatan," katanya sambil mengingatkan golongan itu supaya bersedia dengan kemarahan Allah SWT.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1643850380898615301?t=_vFJrtg6ZSeqzaGGPzUOuA&s=08[/embed]

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Sementara itu, Dato' Seri Amirudin Shari berkata nikmat yang tidak terbanding adalah apabila manusia dapat bertemu dan mengadap Allah SWT pada hari kiamat.

"Ustaz beritahu segala nikmat syurga tidak terlawan apabila dapat bertemu Allah SWT tetapi (dalam ayat ini) Allah berpaling dan tidak beri muka," katanya sambil menyatakan al-Quran mengandungi peringatan iaitu berita, pedih atau azab yang harus disampaikan.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 - pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14 - hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.