ad
ADN

DUN Subang Jaya julung kali anjur pertandingan papan selaju, program dijangka Jun

6 Apr 2023, 8:09 AM
DUN Subang Jaya julung kali anjur pertandingan papan selaju, program dijangka Jun
DUN Subang Jaya julung kali anjur pertandingan papan selaju, program dijangka Jun
DUN Subang Jaya julung kali anjur pertandingan papan selaju, program dijangka Jun

SUBANG JAYA, 6 APRIL: Sebanyak RM15,000 ditawarkan sebagai ganjaran dalam pertandingan papan selaju anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

Wakil rakyatnya Michelle Ng berkata pertandingan julung kali itu dijadual berlangsung Jun hadapan di Laman Sukan USJ 1, di sini.

[caption id="attachment_575609" align="aligncenter" width="740"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng (empat kanan) bergambar bersama selepas melawat tapak skatepark Laman Usj 1 Subang Jaya pada 6 April 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Peruntukan akan disalurkan daripada pejabat saya, Penggerak Belia Selangor (PeBS) Subang Jaya, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 dengan kos program serta hadiah sebanyak RM15,000.

“Bagaimanapun butiran pendaftaran pertandingan akan diumumkan kemudian melalui media sosial,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan taman papan selaju yang selesai dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Laman Sukan USJ di sini.

Taman papan selaju berusia lebih 20 tahun itu berdepan masalah usang dan infrastruktur yang tidak boleh digunakan lagi.

Kerja naik taraf yang dilaksana dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor sejak 14 November dan siap sepenuhnya 22 Mac lalu menelan belanja RM95,500.

[caption id="attachment_575610" align="aligncenter" width="736"] Taman papan selaju di Laman Usj 1 Subang Jaya. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.