ad
AGENDA

PM buka puasa bersama atlet para, belia dan anak yatim

5 Apr 2023, 3:05 PM
PM buka puasa bersama atlet para, belia dan anak yatim

PUTRAJAYA, 5 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa bersama golongan belia, atlet paralimpik dan anak yatim di Kompleks Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri penuntut pelajar universiti, atlet serta warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara atlet yang hadir pada majlis tersebut ialah atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan pemanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh KPT dan KBS itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 24 anak yatim dari Rumah Bakti Al- Kausar.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar universiti serta warga kementerian yang hadir sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.