ad
AGENDA

5,000 baucar Rahmah RM5 diagih kepada pengunjung bazar Ramadan terpilih

5 Apr 2023, 12:00 PM
5,000 baucar Rahmah RM5 diagih kepada pengunjung bazar Ramadan terpilih
5,000 baucar Rahmah RM5 diagih kepada pengunjung bazar Ramadan terpilih

UBANG JAYA, 5 APRIL: Sebanyak 5,000 kupon Platform Selangor (PLATS) Rahmah bernilai RM5 diagih kepada pengunjung di lima bazar Ramadan terpilih.

Ketua tanggungjawab sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata agihan bermula hari ini di bazar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam membabitkan 1,000 baucar bagi meringankan beban penduduk.

“Empat lagi bazar terlibat ialah bazar Ramadan USJ 4, Damansara Damai, Cyberjaya Park dan bazar Jalan Besar Taman Selayang Utama yang akan dibuat secara berperingkat.

“Kupon ini boleh ditebus di mana-mana gerai di bazar terbabit pada hari agihan. Selain di bazar, baucar sama turut diagih kepada komuniti setempat berhampiran bazar,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

[caption id="attachment_575422" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Eksekutif ADMC Miranda Harumal dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor bergambar bersama wakil agensi Kerajaan Negeri ketika program Infak Bubur Lambuk Ara Damansara Medical Centre (ADMC) di Seksyen U2, Shah Alam pada 5 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI p[/caption]

Terdahulu beliau menghadiri program Infak Bubur Lambuk Ara Damansara Medical Centre di Seksyen U2 di sini hari ini.

Kerajaan Selangor menggalakkan peniaga makanan di negeri ini menyertai inisiatif Menu Rahmah berharga RM5 selepas diperkenalkan kerajaan persekutuan.

Langkah berkenaan membuka peluang kepada mereka yang kurang mampu mendapatkan makanan pada harga berpatutan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.