ad
PBT

Elak bazir makanan, MPS gerak kempen di 28 lokasi bazar Ramadan

5 Apr 2023, 6:07 AM
Elak bazir makanan, MPS gerak kempen di 28 lokasi bazar Ramadan
Elak bazir makanan, MPS gerak kempen di 28 lokasi bazar Ramadan

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan kempen mengelak pembaziran makanan di 28 lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata 'Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran!' bertujuan menyedarkan masyarakat kerana peratusan sisa makanan meningkat dalam bulan Ramadan.

"Satu inisiatif bagi mengelakkan pembaziran makanan telah dijalankan oleh MPS semalam.

"Kita berharap masyarakat di Selayang lebih prihatin terhadap isu kelestarian alam sekitar serta tidak sewenang-wenang melakukan pembaziran terutama ketika bulan Ramadan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, beliau menyerahkan kain rentang sebagai simbolik kempen kepada pengelola bazar dan akan dipasang pada 28 lokasi bazar Ramadan di bawah MPS.

Pada program sama, Mohd Yazid turut mengedarkan 60 kit berisi apron, topi dan risalah kepada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Selayang Utama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.