ad
AGENDA

Empat daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 4 petang

5 Apr 2023, 4:31 AM
Empat daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 4 petang
Empat daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga 4 petang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan empat daerah di Selangor dan Putrajaya mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga 4 petang ini.

Menurut makluman di Facebook, empat daerah terlibat ialah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain turut diramal di beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang.

Cuaca sama turut dijangka melanda sebahagian besar daerah di Pahang dan dua negeri di selatan Semenanjung iaitu Johor serta seluruh Negeri Sembilan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.