ad
AGENDA

EXCO: Pengunjung pasar digalak bawa beg, bekas makanan sendiri

5 Apr 2023, 12:00 AM
EXCO: Pengunjung pasar digalak bawa beg, bekas makanan sendiri
EXCO: Pengunjung pasar digalak bawa beg, bekas makanan sendiri

SUBANG JAYA, 4 APRIL: Pengunjung pasar pagi dan pasar malam di negeri ini digalakkan membawa beg dan bekas makanan sendiri bagi menyokong inisiatif hijau, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata budaya sifar beg plastik itu wajar diperluas serta diamal oleh masyarakat sepanjang masa dan tidak hanya tertumpu di bazar Ramadan saja.

"Jadi inisiatif ini (galak bawak beg dan bekas makanan sendiri) akan diteruskan dan kita akan mempromosikannya dengan lebih giat lagi bukan hanya di bazar Ramadan tetapi semua termasuk pasar pagi dan pasar malam.

"Sebenarnya kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan penggunaan beg plastik.

"Ia adalah satu inisiatif baik di mana kita cuba mengurangkan penggunaan plastik," katanya ketika ditemui selepas program walkabout di bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara, di sini, semalam.

Terdahulu, Sze Han mengagihkan kupon makanan bernilai RM10 kepada 200 pengunjung terawal bazar berkenaan yang membawa bekas makanan sendiri sebagai inisiatif menggalakkan budaya bebas plastik.

[caption id="attachment_575253" align="aligncenter" width="670"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han mengedarkan kupon makanan kepada pengunjung bazar Ramadan BK 5, yang membawa bekas makanan sendiri di Bandar Kinrara, Subang Jaya pada 4 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.