ad
AGENDA

Ketaatan kepada-Nya lahirkan pemimpin dipercayai, disayangi (VIDEO)

4 Apr 2023, 9:00 AM
Ketaatan kepada-Nya lahirkan pemimpin dipercayai, disayangi (VIDEO)

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pemimpin yang dipercayai dan disayangi rakyat lahir daripada sifat taatnya kepada Yang Maha Pencipta.

Menghuraikan ayat 142 Surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata ayat itu mengajar manusia lebih berani dalam memimpin.

"Sebagai pemimpin atau ketua, jangan risau nak jelaskan diri kita kepada orang kerana orang yang sayang kita tak perlukan penjelasan kita sebab mereka percaya.

"Manakala orang yang tak percaya kita, kita jelas bagaimana sekali pun tak guna," katanya memperinci kisah Nabi Muhamad SAW yang dikritik hebat semasa menyampaikan wahyu peralihan kiblat daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1643123698516492289

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat tersebut berkait dengan persoalan hidayah yang mana pada permulaan ayat Allah SWT menyebut mengenai golongan bodoh dan tidak berakal.

"Maknanya (mereka) tak terbuka hati dan fikirannya walaupun ada macam-macam (kebenaran) di depan mereka. Dalam al-Quran ada beberapa kali disebut 'apakah kamu tidak berakal untuk merenung'," katanya.

Mengulas peralihan kiblat, Don Daniyal menjelaskan Allah mahu memberikan sesuatu yang diredhai Nabi Muhammad selain menunjukkan kedudukannya mengatasi nabi dan rasul yang lain.

Beliau juga mendoakan agar seluruh umat Islam termasuk dalam golongan yang mentaati agama.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 - akidah keturunan Nabi Yaakub

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.