ad
AGENDA

Raja Muda serah sumbangan raya kepada 454 asnaf Kuala Langat

4 Apr 2023, 12:03 AM
Raja Muda serah sumbangan raya kepada 454 asnaf Kuala Langat
Raja Muda serah sumbangan raya kepada 454 asnaf Kuala Langat

KUALA LANGAT, 4 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada 454 asnaf sekitar Kuala Langat.

Tengku Amir Shah menyampaikan bantuan itu kepada 109 fakir, miskin (224) dan mualaf (121) di Masjid Ar-Rahmah, RTB Bukit Changgang di sini semalam.

Setiap asnaf menerima sumbangan RM500 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM227,000.

[caption id="attachment_575093" align="alignnone" width="758"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bersalaman dengan ahli kariah sempena majlis iftar bersama rakyat di Masjid Ar- Rahmah (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat pada 3 April 2023. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan masjid berkenaan yang mula beroperasi pada 5 Disember 2020.

Baginda berdua turut mencemar duli ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Kuala Langat serta menunaikan solat sunat tarawih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.