ad
AGENDA

Sultan rasmi masjid, berbuka puasa dengan rakyat di Kuala Langat

3 Apr 2023, 1:30 PM
Sultan rasmi masjid, berbuka puasa dengan rakyat di Kuala Langat
Sultan rasmi masjid, berbuka puasa dengan rakyat di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 3 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Kuala Langat di Masjid Ar-Rahmah, RTB Bukit Changgang di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahmah yang mula beroperasi pada 5 Disember 2020 dengan kapasiti 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

[caption id="attachment_575086" align="aligncenter" width="550"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah berkenan menghadiri majlis iftar bersama rakyat di Masjid Ar-Rahmah (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat pada 3 April 2023. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf dan rakyat Kuala Langat di masjid berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.