ad
AGENSI

CSR Sdn Bhd taja tabungan SSPN Prime RM60,550 kepada anak yatim seliaan Yide

3 Apr 2023, 3:47 AM
CSR Sdn Bhd taja tabungan SSPN Prime RM60,550 kepada anak yatim seliaan Yide

SHAH ALAM, 3 APRIL: Syarikat pengeluar gula, Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) menaja tabungan SSPN Prime berjumlah RM60,550 untuk anak-anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Yide memaklumkan, sebelum ini syarikat berkenaan turut menyumbang kelengkapan persekolahan buat anak-anak yatim.

“Pada Ramadan tahun ini sebanyak RM60,550 telah diperuntukkan untuk tabungan akaun SSPN Prime bagi anak-anak yatim di 23 rumah anak yatim seliaan Yide.

“Yide merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CSR atas kerjasama erat saban tahun bagi mengukirkan senyuman anak anak yatim ini,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek cura sumbangan itu daripada Pemangku Ketua Pegawai Operasi CSR, Hasmanan Zaquier Salleh kepada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.