ad
AGENSI

PKNS santuni 40 anak yatim, bawa beli persiapan Aidilfitri

2 Apr 2023, 7:01 AM
PKNS santuni 40 anak yatim, bawa beli persiapan Aidilfitri

OLEH SOFIA NASIR

SHAH ALAM, 2 APRIL: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meraikan 40 anak yatim dengan membawa mereka membeli-belah persiapan Aidilfitri di Kompleks PKNS di sini hari ini.

Ketua Pegawai Korporatnya Idris Ishak berkata penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS), Rawang itu disantuni menerusi program Ramadan Kasih PKNS.

“Ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami bagi berkongsi rezeki dan memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pentadbir PEKEAS dalam menyediakan kelengkapan hari raya mereka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Idris berkata PKNS menyediakan RM250 kepada setiap penghuni untuk membeli segala persiapan Aidilfitri mengikut citarasa masing-masing.

Jelasnya, ini merupakan aktiviti siri kelima dalam Ramadan Kasih PKNS selepas program gotong royong, Raga Ramadan, Bekal Ramadan, serta edaran bubur lambuk.

“Selepas ini kita akan adakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim ini serta pemberian duit raya sebagai penutup program Ramadan Kasih PKNS,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.