ad
PBT

MBSA kumpul 1,663 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan

2 Apr 2023, 12:20 AM
MBSA kumpul 1,663 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan
MBSA kumpul 1,663 kg lebihan makanan, minuman di bazar Ramadan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumpul 1,663 kilogram (kg) makanan dan minuman menerusi program MBSA MYSave Food’ sehingga kelmarin.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata daripada jumlah itu, 830.31 kg adalah makanan dan selebihnya minuman.

Shahrin Ahmad berkata program itu dianjurkan sempena Ramadan dan MBSA berada di tiga lokasi tapak bazar iaitu Seksyen 7, Seksyen 17 dan Seksyen 20.

“Objektif program ini adalah untuk mengelak pembaziran lebihan makanan dan minuman serta mengurangkan sisa domestik khususnya lebihan makanan untuk dilupuskan di tapak pelupusan, sebaliknya diagihkan kepada penduduk di kawasan yang memerlukan.

[caption id="attachment_574805" align="aligncenter" width="693"]
Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membawa lebihan makanan menerusi program MBSA MYSave Food’ sehingga 31 Mac 2023. Foto FB MBSA.[/caption]

“Pada 2021, 855.4 kg makanan dan minuman dikumpulkan dan tahun lalu ia meningkat 2,294.4 kg,” katanya ketika dihubungi.

Katanya lebihan makanan itu diagihkan kepada kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan dibantu oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Tahun lalu MBSA menganjurkan program sama di tiga lokasi iaitu Seksyen 19, Seksyen 25 dan Seksyen U5 melalui kerjasama dengan World Wide Fund-Malaysia (WWF).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.