ad
ADN

Sempena Aidilfitri, 500 warga DUN Bandar Utama terima baucar beli-belah

1 Apr 2023, 1:15 PM
Sempena Aidilfitri, 500 warga DUN Bandar Utama terima baucar beli-belah

Oleh Diana Abd Wahab

PETALING JAYA , 1 APRIL: Seramai 500 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menerima baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri bernilai RM200.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata agihan kepada mereka yang layak dijangka dilaksana mulai minggu depan secara berperingkat.

“Kita baharu sahaja menutup permohonan pada 30 Mac lalu dan seramai 500 penerima layak dapat baucar tersebut.

“Namun setakat ini kita masih semak jumlah sebenar penerima yang layak kerana ada yang datang memohon secara bersemuka selain turut terima permohonan menerusi 'google drive',” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui ketika  meninjau jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di  gelanggang bola keranjang Kampung Cempaka di sini, hari ini.

Jamaliah berkata pihaknya memberi keutamaan kepada pemohon yang mengundi di DUN Bandar Utama dengan pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.