ad
AGENDA

Sifat cinta, kasih asas hidup harmoni dalam masyarakat majmuk (VIDEO)

1 Apr 2023, 11:45 AM
Sifat cinta, kasih asas hidup harmoni dalam masyarakat majmuk (VIDEO)

SHAH ALAM, 1 APRIL: Sifat cinta dan kasih sesama manusia adalah asas hidup harmoni dalam masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Menghuraikan ayat 8 Surah Al-Mumtahanah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata al-Quran menjadi pedoman meraikan kepelbagaian masyarakat tersebut.

"Jangan jadikan sasaran kamu benci, dendam dan bermusuh kerana mereka tak buat kejahatan pada kamu, maksud dalam Islam ini kita kena ada satu rentasan yang bersifat cinta dan kasih walaupun kita berbeza," katanya.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berpandangan ayat berkenaan memberi panduan kepada umat Islam agar berhati-hati dalam berhubungan sesama manusia, agama supaya tidak melanggari batas dan menjadikan hidup lebih bahagia.

[embed]https://twitter.com/amirudinshari/status/1642036569711296513?s=48&t=00d_duGtstLJbG0iRGnyyQ[/embed]

"Kalau batasnya permusuhan atau perperangan itu memang kelompok yang wajar kita hadapi. Tapi kalau tidak berunsurkan peperangan, yang boleh bawa berbincang kita harus berbincang dengan kaedah yang baik dan adil.

Jelas Roslan lagi, dalam masyarakat umat Islam perlu berdakwah, tunjukkan sifat terpuji dan jangan timbul prasangka kepada bukan Islam.

"..tunjuk keindahan Islam sebab kalau kita ada kekuatan nak berdamai degnan Islam kita akan berjaya

lama-kelamaan mereka rasa Islam agama yang benar akhlak terpuji.

"Itu yang nabi lakukan di Madinah. Pada awal memang orang munafik lawan. Tapi akhirnya siapa yang menang," kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu lagi.

Mengulas lanjut, Amirudn berkata ayat itu mengingatkan umat Islam bagaiamana nabi mentadbir Madinah dengan kehadiran yahudi, nasrani dan kelompok-kelompok yang lain tetapi tidak melakukan kezaliman pada orang.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat  – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan - tuntut ilmu

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.