ad
ADN

ADN Bukit Melawati pelawa penghantar makanan mohon baucar minyak RM50

1 Apr 2023, 7:57 AM
ADN Bukit Melawati pelawa penghantar makanan mohon baucar minyak RM50

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menawarkan insentif baucar minyak percuma bernilai RM50 kepada penghantar makanan berkelayakan.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata usaha itu dilaksana bagi meringankan beban kos minyak golongan tersebut sepanjang menjalankan tugas harian.

“Program ini merupakan anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) bersama PeBS (Penggerak Belia Selangor) DUN Bukit Melawati.

“Ia tertakluk kepada syarat antaranya adalah pengundi DUN Bukit Melawati, mempunyai lesen B2 dan merupakan penghantar makanan berdaftar,” katanya di Facebook.

Jelasnya, penghantar makanan yang layak dipelawa mengambil borang permohonan di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati sebelum 6 April.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ali di talian 010-8055086.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.