ad
AGENDA

PPAS rekod 175 individu pinjam komputer menerusi Sepintas

1 Apr 2023, 4:20 AM
PPAS rekod 175 individu pinjam komputer menerusi Sepintas

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 175 orang direkodkan meminjam komputer melalui Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sehingga kini.

Pegawai Teknologi Maklumat PPAS Haiziah Abu berkata daripada jumlah itu sebanyak 121 orang meminjam komputer riba manakala komputer meja (54).

"Angka yang direkodkan melibatkan peminjam di sembilan daerah di Selangor.

"Petaling dan Kuala Selangor mencatat jumlah peminjam tertinggi iaitu masing-masing 32 orang (untuk komputer riba dan komputer meja) sementara peminjam terendah ialah di Kuala Langat iaitu sembilan orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 1 Mac lalu PPAS mengumumkan melanjutkan tempoh pinjaman komputer riba dan komputer meja dari 60 hari (dua bulan) kepada 180 hari (enam bulan).

Agensi itu memaklumkan pinjaman boleh dilakukan di 50 cawangannya melalui permohonan pendaftaran di pautan www.ppas.gov.my/form_sepintas melibatkan 10 unit komputer meja dan 10 unit komputer riba.

Kerajaan Negeri melancarkan Sepintas pada 2 Ogos tahun lalu bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar B40.

Dato’ Menteri Besar berkata insentif itu turut menyediakan jaringan internet, perisian terkini selain kerusi dan meja untuk keselesaan peminjam.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari pentadbiran Kerajaan Negeri mengutamakan pendidikan bagi membentuk masyarakat berilmu dan cemerlang sekali gus menjamin kehidupan masa depan.

Berikut pecahan jumlah pinjaman Sepintas mengikut daerah:

Gombak

Desktop - 6

Laptop - 16

Jumlah - 22

Hulu Langat

Desktop - 4

Laptop - 8

Jumlah - 12

Hulu Selangor

Desktop - 8

Laptop - 10

Jumlah - 18

Klang

Desktop - 4

Laptop - 16

Jumlah - 20

Kuala Langat

Desktop - 3

Laptop - 6

Jumlah - 9

Kuala Selangor

Desktop - 11

Laptop - 21

Jumlah - 32

Petaling

Desktop - 10

Laptop - 22

Jumlah - 32

Sabak Bernam

Desktop - 6

Laptop - 10

Jumlah - 16

Sepang

Desktop - 2

Laptop - 12

Jumlah - 14

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.