ad
ADN

1,500 kupon Rahmah di tiga bazar Ramadan mulai hari ini

31 Mac 2023, 9:27 AM
1,500 kupon Rahmah di tiga bazar Ramadan mulai hari ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan mengedarkan 1,500 kupon Rahmah Ramadan di tiga bazar terpilih selama tiga hari bermula hari ini.

Wakil rakyatnya Elizabeth Wong berkata daripada jumlah itu 500 kupon bernilai RM5 itu diedarkan hari ini di bazar Ramadan Selayang Jaya pada jam 5 petang.

Katanya jumlah sama juga akan diedarkan esok di bazar Ramadan Damansara Damai dan bazar Ramadan Taman Ehsan, 9 April ini.

"Pemberian kupon Rahmah Ramadan ini bagi menjimatkan penerima dalam membeli juadah berbuka puasa di tiga bazar terpilih berkenaan.

"Saya harap sumbangan ini meringankan beban pembeli sekali gus merancakkan jualan penjaja," katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan sama, beliau mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke bazar berkenaan bagi mengambil baucar tersebut pada tarikh ditetapkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.