ad
ADN

Wakil rakyat kumpul lebihan makanan bazar, perluas kempen pelihara alam sekitar

30 Mac 2023, 3:21 PM
Wakil rakyat kumpul lebihan makanan bazar, perluas kempen pelihara alam sekitar
Wakil rakyat kumpul lebihan makanan bazar, perluas kempen pelihara alam sekitar
Wakil rakyat kumpul lebihan makanan bazar, perluas kempen pelihara alam sekitar

SHAH ALAM, 30 MAC: Wakil rakyat Subang Jaya memperluas kempen menjaga alam sekitar dengan mengumpul lebihan makanan di Bazar Ramadan USJ 4 di sini, mulai semalam.

Michelle Ng Mei Sze berkata kerjasama dengan syarikat What A Waste itu dapat mengurangkan penghasilan karbon yang bakal memberi kesan kepada perubahan iklim serta pemanasan global.

“Semalam kita berjaya kumpul 300 kilogram (kg) makanan yang boleh menghasilkan 702 kg karbon. Cara ini membantu kita menyelamatkan bumi.

“Dalam masa sama kita kurangkan pembaziran makanan kerana ia disedekahkan kepada keluarga berpendapatan rendah, komuniti dan rumah kebajikan sekitar sini,” katanya.

[caption id="attachment_574398" align="aligncenter" width="650"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze mengagihkan kupon kepada pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri sempena program bazar Ramadan tanpa tunai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Bazar Ramadan USJ 4 Subang Jaya pada 30 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas melancarkan kempen berkenaan sempena program bazar Ramadan tanpa tunai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini.

Dalam program berkenaan, seramai 100 pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri menerima kupon makanan bernilai RM10.

Pada 17 Mac, Michelle dengan syarikat sama mengumpul 177 kg lebihan makanan sepanjang tiga hari sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berlangsung.

[caption id="attachment_574400" align="aligncenter" width="650"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bergambar sebagai simbolik program bazar Ramadan tanpa tunai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Bazar Ramadan USJ 4 Subang Jaya pada 30 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.