ad
ADN

ADN Kota Kemuning rai warga media berbuka puasa, jalin kerjasama erat

30 Mac 2023, 2:28 PM
ADN Kota Kemuning rai warga media berbuka puasa, jalin kerjasama erat
ADN Kota Kemuning rai warga media berbuka puasa, jalin kerjasama erat
ADN Kota Kemuning rai warga media berbuka puasa, jalin kerjasama erat

KLANG, 30 MAC: Seramai 70 pengamal media diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran EXCO kebajikan masyarakat di Hotel Wyndham Acmar di sini hari ini.

V Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning berkata acara tahunan tersebut sebagai penghargaan kepada pengamal media yang banyak membuat liputan terutama membabitkan bantuan Kerajaan Negeri.

“Program seperti ini juga membuka peluang kepada saya bertukar pandangan dengan pengamal media. Kita berharap kerjasama erat terus terjalin pada masa depan,” katanya ditemui selepas majlis tersebut.

[caption id="attachment_574383" align="aligncenter" width="636"] Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau beramah mesra dengan warga media pada majlis berbuka puasa di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 30 Mac 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Dalam pekembangan lain, Ganabatirau yang juga Ahli Parlimen Klang memaklumkan pihaknya menganjurkan lebih lapan program dengan menyantuni pelbagai golongan sempena Ramadan.

“Kita akan agihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Sri Muda dan Klang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan beberapa zon berbeza.

“Selain itu, kita juga akan memberi sumbangan kepada surau dan masjid bagi membantu baiki infrastruktur dan kemudahan,” katanya.

[caption id="attachment_574384" align="aligncenter" width="636"] Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau beramah mesra dengan warga media pada majlis berbuka puasa di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 30 Mac 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.