ad
AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, Putrajaya, lapan daerah di Selangor hingga 7 malam

30 Mac 2023, 9:57 AM
Amaran hujan lebat di KL, Putrajaya, lapan daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lapan daerah di Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam ini.

Menurut agensi tersebut, daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Turut diramal mengalami keadaan sama seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka serta beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.