ad
AGENDA

Doa pakaian ummah, mohonlah kerahmatan dan keselamatan (VIDEO)

30 Mac 2023, 9:00 AM
Doa pakaian ummah, mohonlah kerahmatan dan keselamatan (VIDEO)

SHAH ALAM, 30 MAC: Berdoa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT kerana ia merupakan pakaian umat Islam sekali gus membuka pintu rahmat dan keselamatan.

Menghuraikan ayat 186 Surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata ayat ini dekat dengan kehidupan kerana setiap perbuatan manusia dimulai dengan doa.

"Nabi Muhammad SAW bersabda 'orang puasa yang berdoa Allah takkan tolak, maka mintalah apa sahaja'.

"Ayat ini Allah nak beri gambaran supaya kita tidak lupa kepada-Nya," katanya bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1641312855231455232[/embed]

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berpandangan berdoa membuktikan ada hubungan langsung di antara manusia dan Allah berbanding amalan fahaman atau kepercayaan lain.

"Doa adalah satu perkara yang menghubungkan kita dengan Allah daripada soal ketuhanan sampailah kehidupan seharian," katanya sambil meminta kaedah berdoa yang betul.

Menurut Roslan adab berdoa mesti dimulakan dengan pujian kepada Allah diikuti selawat dan salam kepada Rasulullah.

"Kita tak boleh berdoa secara main-main, doa benda yang baik bukan meminta kehancuran dan kemusnahan orang lain hatta kepada orang bukan Islam atau musuh," katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin turut meminta umat Islam memanfaatkan Ramadan yang dikatakan bulan turunnya rahmat supaya berdoa agar diberi kebaikan.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh - bina kasih dalam keluarga

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.