ad
PBT

MPK: Bazar Aidilfitri di Jalan Taiping dibuka mulai 1 hingga 21 April

30 Mac 2023, 8:08 AM
MPK: Bazar Aidilfitri di Jalan Taiping dibuka mulai 1 hingga 21 April

Oleh Azian Aziz

KLANG, 30 MAC : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan 293 petak gerai bazar Aidilfitri di Jalan Taiping di sini, tahun ini.

Yang Dipertua MPK Noraini Roslan berkata peniaga boleh menjalankan perniagaan bermula 1 April hingga 21 April depan.

"Undian petak telah dibuat secara dalam talian pada 21 Mac lalu,’’ katanya dalam perutusan Mesyuarat Penuh MPK hari ini.

Sementara itu, Noraini memberitahu bagi bazar Ramadan, sebanyak 2,269 tapak disediakan di 40 lokasi di bandar ini.

Ujarnya, peniaga bazar Ramadan dibenarkan beroperasi sejak 23 Mac hingga 21 April depan.

Antara lokasi bazar Ramadan di sini ialah di Jalan Kota Raja, Klang Selatan;Taman Pandamaran Indah 2, Pandamaran; Kampung Tok Muda, Kapar; Jalan Paip, pekan Meru; Bandar Sultan Sulaiman, Klang Utara dan Flat Samudera, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

MPK juga menganjurkan bazar Ramadan berkonsepkan bebas beg plastik di Taman Awam Pangkalan Batu, Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.