ad
PBT

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam Sabtu ini

30 Mac 2023, 3:51 AM
Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam menyediakan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta Plaza Masalam Seksyen 9 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan mula beroperasi pada 11 pagi hingga 3 petang untuk kemudahan orang ramai.

"Imi merupakan platform disediakan MBSA untuk semua berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.