ad
AGENDA

Sifat amanah elak negara hancur, tanggungjawab bukan untuk bermegah (VIDEO)

28 Mac 2023, 8:00 AM
Sifat amanah elak negara hancur, tanggungjawab bukan untuk bermegah (VIDEO)

SHAH ALAM, 28 MAC: Sifat amanah ciri terpenting dalam memimpin negara sekali gus mengelakkannya mengalami kehancuran.

Menghuraikan ayat 58 Surah an-Nisa yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata amalan itu penting untuk pemimpin yang diberi tanggungjawab.

"Tidak ada amanah dalam memimpin, negara akan hancur seperti sabda Nabi Muhammad SAW 'kalau orang tidak ada amanah yang memimpin, akan kiamat' (negara akan musnah).

"Kalau ayah tidak ada amanah, contohnya keluarga akan hancur. Ini adalah perintah bersifat peringatan kepada manusia," kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1640587018596933635[/embed]

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Mengupas ayat sama, Amirudin mengingatkan pemimpin supaya tidak bermegah dengan tanggungjawab yang diamanah kerana mereka akan dihisab kelak.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selalu sebut kepimpinan ini adalah satu bebanan daripada satu kemegahan," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima - istiqamah dalam beramal

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.