ad
AGENDA

62 mangsa banjir di Sarawak kembali ke rumah panjang

27 Mac 2023, 12:04 PM
62 mangsa banjir di Sarawak kembali ke rumah panjang

SIBU, 27 MAC: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun di Kanowit, dekat sini, ditutup pada jam 1.30 tengah hari tadi selepas baki 62 mangsa banjir daripada 29 keluarga yang ditempatkan di situ kembali ke rumah panjang masing-masing.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Sebelum itu, seramai 15 mangsa dari PPS tersebut telah kembali ke rumah panjang mereka di sebelah pagi.

PPS itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam apabila Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat dilanda banjir.

Ketiga-tiga rumah panjang itu terletak di tepian Sungai Ngemah yang melimpah selepas hujan tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.