ad
AGENSI

Pendakwah Don Daniyal dipilih Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan

26 Mac 2023, 8:43 AM
Pendakwah Don Daniyal dipilih Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan
Pendakwah Don Daniyal dipilih Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan
Pendakwah Don Daniyal dipilih Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan

KUALA SELANGOR, 26 MAC: Pendakwah selebriti Don Daniyal Don Biyajid dipilih sebagai Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) buat kali ketiga, tahun ini.

Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata pemilihan Don Daniyal dibuat berikutan kejayaan beliau dalam memperjenamakan agensi itu kepada masyarakat sebelum ini.

[caption id="attachment_573664" align="alignleft" width="353"] Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Tan Sri Mazlan Mansor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Beliau banyak membantu khususnya dalam mempromosi fungsi dan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan Yide kepada masyarakat.

“Justeru, kami gembira untuk kembali bekerjasama sekali lagi bagi mengumpul lebih banyak kutipan infaq bagi membantu anak yatim,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide di Masjid Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang, hari ini.

Dalam majlis sama, Don Daniyal selaku Ketua Pegawai Eksekutif Agami Group Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman dengan Yide yang disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_573665" align="alignright" width="353"] Ustaz Don Daniel Don Biyajid. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Don Daniyal, 38, berkata beliau gembira kerana sekali lagi dipilih sebagai Ikon Mahabbah Yide bagi membantu mempromosi agensi itu kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada Yide kerana beri peluang kepada saya untuk berkhidmat dengan anak yatim. Mereka ini adalah golongan istimewa yang dimuliakan Islam.

“Saya juga menyasarkan untuk membantu Yide meningkatkan lagi jumlah kutipan bagi memberi kemudahan kepada anak yatim,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.