ad
AGENDA

Mangsa banjir di Perak meningkat 179 orang, empat PPS dibuka

26 Mac 2023, 1:10 AM
Mangsa banjir di Perak meningkat 179 orang, empat PPS dibuka
Mangsa banjir di Perak meningkat 179 orang, empat PPS dibuka

IPOH, 26 MAC: Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan malam tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.

"Selain itu, 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.

[caption id="attachment_573585" align="aligncenter" width="703"]
Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas daerah Larut dan Matang dinaiki air pada 26 Mac 2023. Foto Facebook JBPM Perak[/caption]

"PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada jalan terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.

Katanya sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.