ad
AGENDA

Bah: Seramai 419 mangsa di Batu Pahat masih berlindung di pusat pemindahan

24 Mac 2023, 12:56 AM
Bah: Seramai 419 mangsa di Batu Pahat masih berlindung di pusat pemindahan

JOHOR BAHRU, 24 MAC Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 419 orang setakat 8 pagi berbanding 439 orang pada 8 malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN menerusi kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi dengan menempatkan 113 keluarga.

Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Medan yang menempatkan 209 orang; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (129 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang).

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan cerah pada pagi ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.