ad
AGENDA

Infak sebahagian harta cabang utama bawa kedamaian (VIDEO)

23 Mac 2023, 1:00 PM
Infak sebahagian harta cabang utama bawa kedamaian (VIDEO)

SHAH ALAM, 23 MAC: Umat Islam yang beriman diseru menginfak sebahagian harta sekali gus membawa kepada kedamaian selain menjaga hubungan sosial sesama masyarakat.

Mengupas ayat tiga surah al-Baqarah yang dibaca Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata harta milik Allah SWT dan manusia hanya pemegang amanah.

"Kita hanya pemegang amanah dan kita tidak akan kekal dengan harta. Jadi, infak inilah cabang utama yang memberi kedamaian kepada masyarakat.

"Infak juga bukan kepada orang Islam sahaja, bahkan orang bukan Islam kita kena bantu, ada hak kemanusiaan di situ," kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1638775078497267712[/embed]

Huraian tersebut dibuat beliau dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato' Menteri Besar dan Media Selangor yang akan membaca satu ayat setiap hari sepanjang sambutan Ramadan.

Majlis bermula hari ini turut dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Roslan menjelaskan ayat ketiga surah berkenaan memberi peringatan kepada manusia supaya beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat dan menginfak sebahagian harta.

"Maknanya, Allah ingin memberitahu kita tentang satu perjalanan. Orang beriman sifatnya beriman kepada benda ghaib. Beriman adanya Allah, adanya akhirat, kematian," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.