ad
PBT

MPAJ sedia kaunter bergerak di Aeon Big Ampang sehingga 31 Mac

23 Mac 2023, 12:00 PM
MPAJ sedia kaunter bergerak di Aeon Big Ampang sehingga 31 Mac

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter bergerak yang beroperasi di Aeon Big Ampang dari 20 hingga 31 Mac ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu kaunter bergerak berkenaan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Jumaat.

"Warga Ampang Jaya yang masih belum menjelaskan cukai taksiran dan bayaran lain termasuk kompaun boleh datang ke kaunter bergerak ini pada tarikh dan waktu ditetapkan," kata kenyataan itu menerusi Facebook.

Pada 31 Januari lalu, MPAJ melancarkan kaunter bergerak yang diberi wajah baharu dengan dilengkapi kemudahan sistem komputer terkini dan mempunyai ruang lebih luas serta tempat duduk untuk warga emas atau wanita hamil.

Kenderaan itu mempunyai dua kaunter yang boleh menerima bayaran tunai dan kad.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.