ad
AGENDA

Situasi banjir di Batu Pahat semakin pulih, mangsa tinggal 444 orang

23 Mac 2023, 9:18 AM
Situasi banjir di Batu Pahat semakin pulih, mangsa tinggal 444 orang

BATU PAHAT, 23 MAC: Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi dengan menempatkan 124 keluarga.

Menurut kenyataan itu tiga PPS telah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Kota Yong Peng, SK Seri Aman dan PDK Seri Medan.

Melalui pemerhatian Bernama pula, banjir di beberapa kawasan semakin surut terutamanya di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, di sini yang merupakan antara kawasan terjejas teruk.

Namun, JPBN memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran dengan ketinggian 19.01 meter, pada petang ini.

Cuaca dijangkakan hujan di Muar, mendung di Batu Pahat dan Tangkak, manakala lain-lain daerah dilaporkan cerah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.