ad
AGENSI

Majlis buka puasa, tadarus al-Quran antara program Ramadan Pekawanis

21 Mac 2023, 1:17 AM
Majlis buka puasa, tadarus al-Quran antara program Ramadan Pekawanis

SHAH ALAM, 21 MAC: Majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran antara pengisian program Ihya Ramadan 2.0 anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata ibadah qiamulail juga akan diadakan bagi menyemarakkan lagi 10 malam terakhir Ramadan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar.

“Bagi program iftar yang bermula 6.30 petang kita sediakan juadah berbuka untuk 200 orang berbanding 100 pada tahun lalu.

“Majlis berbuka dimulakan dengan alunan zikir, bacaan Surah Al-Waqiah, berbuka puasa, solat tasbih, solat isyak seterusnya solat terawih. Kemudian ada persembahan qasidah ala Yaman,” katanya.

Masdiana ditemui pada program Forum Wanita VIP Xcess Ke Syurga di Dewan Megawati, kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini semalam.

Menurut beliau, program tadarus bermula jam 9 hingga 10.30 pagi setiap hari dipimpin oleh Sheikh Abdullah Jahaf.

“Tadarus ini berbeza dengan program yang dianjurkan di masjid kerana di situ bacaan satu juzuk dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

“Namun di kediaman rasmi ia dilaksana secara talaqi dan bacaan satu juzuk dilakukan setiap individu dengan mengikut bacaan yang dipimpin Sheikh Abdullah Jahaf,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.