ad
AGENDA

Angka korban gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 50,096

20 Mac 2023, 2:40 PM
Angka korban gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 50,096

ANKARA, 20 MAC: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye bulan lepas telah meningkat kepada 50,096, manakala 107,204 lagi cedera menurut Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.

Pada 6 Februari, gempa berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah Turkiye – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.

Lebih 13.5 juta orang di Türkiye terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat itu.

Sementara itu, Jerman akan menggandakan bantuan kewangannya sebanyak €240 juta (AS$257 juta) membabitkan wilayah yang terjejas di Türkiye dan Syria, Menteri Luar Annalena Baerbock mengumumkan pada Isnin.

Bercakap kepada pemberita di Brussels menjelang mesyuarat menteri luar EU, Baerbock berkata Jerman dan rakan kongsi Eropah akan menyokong usaha pembinaan semula bandar-bandar yang dilanda bencana.

“Selepas gempa bumi, Jerman dan EU menyalurkan bantuan segera untuk menyelamatkan orang ramai.

“Hari ini, pembinaan semula adalah keutamaan utama dan kami akan meneruskan bantuan,” katanya.

EU akan menganjurkan persidangan antarabangsa di Brussels pada Isnin untuk mengumpul dana bagi usaha bantuan, pemulihan dan pembinaan semula di kawasan yang terjejas.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.