ad
AGENDA

Selangor catat nilai pelaburan lebih RM60 bilion, giatkan usaha rancak ekonomi

20 Mac 2023, 2:00 PM
Selangor catat nilai pelaburan lebih RM60 bilion, giatkan usaha rancak ekonomi

PETALING JAYA, 20 MAC: Kerajaan Selangor merekodkan nilai pelaburan lebih RM60 bilion melibatkan pelbagai sektor sepanjang tahun lalu, kata EXCO pelaburan.

Menurut Dato’ Teng Chang Khim, pencapaian berkenaan menyumbang 22.7 peratus kepada jumlah keluruhan pelaburan yang diraih negara ini.

“Nilai terbabit melibatkan pelaburan pelbagai sektor terutama pembuatan. Tahun lepas juga Selangor merekodkan 265 projek pelaburan berjumlah RM12.2 bilion.

“Berikutan kejayaan berkenaan, Invest Selangor adakan berusaha menarik lebih banyak pelabur ke sini memandangkan pintu sempadan antarabangsa sudah dibuka selepas pandemik Covid-19,” katanya merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Selangor di sini hari ini.

Minggu lalu Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan negeri itu menarik lebih 200 projek pengilangan tahun lalu membuktikan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara untuk memilih Selangor sebagai antara destinasi pelaburan utama negara.

Dato’ Menteri Besar berkata berdasarkan laporan dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu juga pihaknya yakin mampu menawar lebih banyak peluang kerja.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.