ad
AGENDA

Tiga maut kereta rempuh kren parkir tepi jalan

19 Mac 2023, 9:43 AM
Tiga maut kereta rempuh kren parkir tepi jalan

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Tiga individu maut selepas sebuah kereta merempuh kren yang diparkir berhampiran sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan K Segar berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.46 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di tepi jalan.

“Ekoran kemalangan itu, pemandu lelaki kereta itu didapati tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera parah akibat dilanggar kereta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Segar berkata mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.